Ini pengalaman saya sendiri.
Belum habis anak-anak tangga ku turuni, tiba-tiba perutku terasa sakit. Makin lama perutku makin menegang dan mengeras. Kembung. Macam belon ditiup. Aduhhh...nak bergerak pun sakit. Ya Allah bagaimana aku nak berpuasa hari ni? Pagi-pagi lagi dah diserang gastrik. Segera aku ke bilik bawah dan mengambil krim pati halia panas. Biasanya kalau perutku kembung @ kena gastrik, itulah ubatnya. Pasti sembuh sebab keluarkan angin.
Aku gagahkan diri ke dapur sedia apa yang patut dan hidangkan di atas meja. Suamiku pun sudah bangun dari tidur. Kami sahur bersama. Sambil makan aku menahan sakit. Suamiku yang melihat keadaanku dapat meneka yang aku tidak sihat. Apa tidaknya, muka berkerut-kerut menahan sakit. Tak reti nak sembunyikan langsung...heheee...
Selesai bersahur aku cepat-cepat duduk di sofa. Memang rutin setiap pagi selepas makan sahur lepak kat sofa sementara menantikan waktu imsak, aku ambil kesempatan untuk makan buah kurma dan banyakkan minum air . Untuk tenaga sepanjang hari nanti. Tapi pagi ni, perut buat hal pula. Nak makan lagi perut dah kembung sangat. Aku paksa juga diriku untuk makan sebiji kurma dan minum air kosong sebanyak yang boleh. Takut kurang air pula nanti.
Selesai sahaja aku terus membaringkan diri di atas sofa. Mahu merehatkan perut. Masih tegang dan sakit. Bilalah nak surut ni, krim pati halia yang kusapu tadi tidak menjadi pula. Perlahan-lahan aku menutup mata. Relaks. Dalam beberapa minit kemudian, tiba-tiba kurasakan sakit di bahagian perutku berangsur-angsur hilang. Tidak tegang dan keras lagi. Hilang terus. Macam tak percaya pula aku. Biasa tak begini. Berjam-jam lamanya baru akan sembuh.
Aku teringatkan kurma yang aku makan sebentar tadi. Ya Allah...Betullah buah kurma. Itu ubatnya. Alhamdulillah....syukur kepada Allah SWT. Memang terbukti khasiatnya. Makanan Sunnah. Sejak hari itu, aku pastikan memakan buah kurma walaupun satu biji sehari. Untuk mengelakkan di serang penyakit gastrik lagi.
Alhamdulillah.
Aamiinnnn.....
~ Bismillah
~ Selawat
~ Ambil 1 biji @ 3 biji buah kurma
~ Minum air kosong sebanyak mungkin
~ Baring untuk merehatkan bahagian perut sehingga gastrik
sembuh. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment