Saturday, 24 August 2013

GASTRIK!!! JANGAN PANDANG REMEH...



Ramai orang di kalangan masyarakat kita hari ini mengambil mudah tentang penyakit gastrik. Mereka menganggap "Gastrik" adalah sakit yang biasa-biasa. Mereka merasakan sudah mencukupi dengan hanya berjumpa doktor dan makan ubat yang disyorkan. Sebenarnya ia tidak cukup kerana gastrik adalah sejenis penyakit yang berulang-ulang. Dari pengalaman saya sendiri yang turut menghidap gastrik, ia sangat menyakitkan. Walaupun telah mengambil ubat yang diberikan oleh doktor, ianya baik untuk sementara waktu @ beberapa hari sahaja. Kemudian gastrik datang kembali.
 

Definisi Gastrik

Gastrik dalam istilah perubatan bermaksud 'gastritis'.  Ia terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari tetapi mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit pada bahagian perut. Antara tanda-tanda penyakit gastrik ialah :-
  • Sakit perut 
  • Rasa loya
  • Rasa nak muntah
  • Kembung perut
  • Cepat rasa kenyang walaupun makan sedikit
  • Hilang selera makan
  • Pedih ulu hati

Cara Mencegah dan Mengubati Gastrik

Gastrik boleh di cegah dan di ubati melalui pemakanan harian kita. Mungkin kita tidak sedar selama ini makanan yang kita makan adalah salah satu punca penyakit gastrik.  

Senarai makanan yang tidak boleh di makan :-
  1. Sayur-sayuran yang berangin seperti kubis (semua jenis kubis), kangkung, pucuk ubi, semua jenis ubi (ubi kentang, ubi kayu, ubi keledek..dll), pucuk paku, petola. Sayur-sayuran berongga tengah juga adalah jenis sayuran yang berangin.
  2. Sayur-sayuran sejuk seperti timun.
  3. Buah-buahan berangin seperti buah epal, pear, nangka dan cempedak. Buah yang berongga tengah juga adalah jenis sayuran yang berangin. (Nota : epal @ pear boleh di makan tetapi hanya di ambil 1/4 sahaja).
  4. Air sejuk yang di simpan dalam peti ais/air batu.
  5. Kopi, nescafe dan teh.
  6. Kurangkan masam, masin, manis dan pedas (penting).

Digalakkan perbanyakkan :-
  1. Minum air suam
  2. Minum air susu
  3. Kunyah makanan sehingga halus sebelum ditelan untuk menjaga perut dan usus
  4. Waktu makan teratur
  5. Mengambil Habbatussauda kerana "Sesungguhnya di dalam Habbatussauda terdapat kesembuhan berbagai macam penyakit kecuali kematian (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).

Bahaya Gastrik

Tanpa kita sedar, gastrik kalau dibiarkan boleh menjadi penyakit yang kronik. Ini amat merbahaya kerana gastrik boleh menyebabkan kebocoran perut/usus. 

Jadi lebih baik mencegah dan merawat sebelum terlambat. Berpantang makanan adalah lebih baik untuk merawat gastrik. Jangan pula pantang jumpa makanan, semuanya kita balun.


Bekam

Selain itu boleh mencuba perubatan "Bekam". Ia sangat dianjurkan dalam perubatan Islam. Badan yang  banyak angin juga sering dikaitkan dengan gastrik. Bekam boleh membuang angin dan darah kotor dalam badan.

Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


Pengalaman

Sebelum ini saya sering di serang sakit gastrik yang teruk tetapi setelah mengamalkan pantang, mengambil habbatussausa dan berbekam. Alhamdulillah...sehingga sekarang gastrik tidak berulang lagi. Anda boleh mencuba. In Shaa Allah...boleh sembuh. Kita hanya berusaha Allah SWT Yang Maha Penyembuh.